[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=_LL_ztQ-zvI[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berhubung pembukaan aktiviti pelancongan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam secara dasar telah bersetuju dengan pembukaan aktiviti ini khususnya di tempat terbuka seperti Zoo Negara, Legoland dan lain-lain.
“MOTAC telah diminta untuk membentengkan prosedur standard operasi (SOP) terperinci setelah berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN,
“Walau bagaimanapun, pada dasar kita (kerajaan) pun telah meluluskan dan kalau tidak silap tarikh berkuatkuasa pun telah kita tetapkan, kita tunggulah pembentangan dan SOP nanti,” katanya dalam sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Belia dan Sukan semalam juga telah membentangkan kepada Sidang Khas MKN berhubung cadangan untuk pembukaan akitiviti sukan terutamanya melibatkan sukan tempat terbuka.
“Walau bagaimanapun, KBS juga telah diminta untuk membentangkan SOP terperinci setelah berbincang dengan KKM dan MKN,
“Saya difahamkan, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal akan bermesyuarat pada Khamis untuk membangunkan SOP yang lebih jelas, kerana mungkin banyak lagi perkara-perkara yang dipohon oleh mereka termasuklah pertandingan bola sepak yang tertangguh selama ini,” katanya. – airtimes.my