KUALA LUMPUR, 20 MAC – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tempoh ‘bulan madu’ akan tamat tidak lagi.
“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak menteri,
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh “bulan madu” ini, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Seri Paduka Baginda.
Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan baginda memegang tampuk pemerintahan negara.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada titah diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Di Istana Negara, semalam.
Semalam, Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan dukacita dan murka berhubung isu yang melanda baru-baru ini.
Di akaun media sosial rasmi baginda, Sultan Ibrahim menitahkan tindakan keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam isu penjualan sarung kaki yang tertera kalimah Allah.
“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan,
“Saya baru sahaja menegur dan mengingatkan akan kepentingan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain dalam titah sulung saya di Parlimen, timbul pula perkara ini,
“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguatkuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Baginda. – airtimes.my
#AirTimes #Semasa #YDPA