SHANGHAI, 21 Mei – China hari ini melancarkan satelit geganti yang direka untuk mewujudkan komunikasi antara bumi dan kajian bulan yang diatur untuk meneroka bahagian gelap bulan, kata agensi berita Xinhua.
Xinhua memetik Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China sebagai berkata, satelit itu dilancarkan jam 5.28 pagi waktu tempatan menggunakan roket Long March-4C dari tapak pelancaran Xichang di barat daya negara itu.
“Pelancaran ini adalah langkah penting untuk China merealisasikan matlamat menjadi negara utama menghantar penyelidikan ke lokasi itu dan menjelajah jarak bulan,” kata pengurus projek satelit geganti, Zhang Lihua.
Katanya, satelit dikenali sebagai Queqiao atau Magpie Bridge akan berada di orbit pada jarak 455,000 kilometer dari bumi dan bakal menjadi satelit komunikasi pertama yang beroperasi di sana.
China mensasarkan untuk menyaingi Russia dan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi kuasa angkasa lepas menjelang 2030. Ia merancang melancarkan pembinaan stesen angkasa sendiri tahun depan.
Bagaimanapun, ketika China bersungguh menegaskan cita-citanya terjamin, Jabatan Pertahanan AS pula menuduh negara itu melakukan aktiviti bertujuan untuk mencegah negara lain daripada menggunakan aset angkasa lepas ketika berlaku krisis. – Reuters