RIYADH, 17 Sep – Penularan wabak taun di Arab Saudi disahkan apabila tiga lagi kes disyaki di kawasan bersempadan dengan Yaman dimana mangsa wabak bukan rakyat tempatan dan telah menerima rawatan di Hospital Umum al-Mauwassem di Jizan, kira-kira 1,000 kilometer ke barat daya Riyadh.
Lebih 2,000 nyawa mangsa diragut oleh wabak taun ini, lapor stesen televisyen semalam, memetik kenyataan pegawai Kementerian Kesihatan.
Tidak dapat dipastikan sama ada penularan itu ada kaitan dengan Yaman atau ibadat Haji bulan lalu, yang menarik kunjungan dua juta umat Islam setiap tahun, meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit.
Tempoh taun, yang menyebabkan cirit-birit teruk, tidak mengambil masa panjang sebaik gejala bermula, ia dapat membunuh dalam masa beberapa jam jika pesakit tidak mendapat rawatan.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyalahkan kedua-dua pihak bertelagah dalam perang di Yaman dan sekutu antarabangsa mereka, termasuk Arab Saudi kerana menyemarakkan penularan taun di negara itu.