KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki dipercayai menggunting bendera Jalur Gemilang yang dipasang di tepi jalan berhampiran Pusat Pelancongan Malaysia (MaTic) di ibu negara.
Perbuatan suspek telah tular di media sosial di mana satu rakaman video berdurasi 34 saat oleh pemilik akaun tiktok, @iekakartika_ yang memaparkan lelaki berbaju merah dan memakai topi sedang memegang gunting serta merosakkan beberapa bendera di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya masih dalam usaha mengesan individu yang melakukan perbuatan vandalisme tersebut.
Jelasnya, PDRM masih lagi belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian kejadian terbabit.
“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu, difahamkan ada pengguna jalan raya yang menegur perbuatan individu terbabit, namun dimarahi turut dimarahi. – airtimes.my