TOKYO, 22 SEPT – Kapal autonomous milik U.S Navy telah berjaya merentasi Lautan Pasifik.
Kapal yang turut dikategorikan sebagai unmanned surface vessel (USV) yang dikenali sebagai Mariner dan Ranger telah tiba di Yokosuka.
Kedua-dua USV ini telah memulakan pelayaran pada Ogos lalu dari Los Angeles.
Pelayaran merentas Lautan Pasifik merupakan kali pertama dicapai oleh kedua-dua kapal tersebut.
Walaupun USV, kedua-dua vesel ini dijaga oleh 6 orang anak kapal yang sedikit. Ini memandangkan Mariner dan Ranger masih di peringkat ujian.
Mariner dan Ranger merupakan antara 5 prototaip yang dikendalikan di bawah Unmanned Surface Vessel Division One tentera laut negara kuasa besar itu.
Penciptaan USV ini adalah bagi meningkatkan keupayaan US Navy dengan mengaplikasikan sistem USV. Kapal ini boleh dioperasikan secara kawalan jauh, separa automatik ataupun berautonomi penuh.
Ranger sebelum ini pernah melaksanakan ujian penembakan misil anti pesawat dan anti kapal pada tahun 2021. Penembakan kedua-dua misil ini dilaksanakan secara kawalan jauh oleh pengendali dari kapal lain.
US Navy merancang untuk memiliki aset USV yang merangkumi 40% dalam armadanya.
Pada tahun lalu, Amerika Syarikat telah menghantar 4 buah prototaip USV ke Eksesais RIMPAC 2022 yang berlangsung di Hawaii. – airtimes.my