LONDON, 15 Sept – Syarikat pengeluar UAV Portugal, Tekever telah meningkatkan keupayaan pesawat tanpa pemandu (UAV) AR5 untuk membawa rakit penyelamat semasa melaksanakan rondaan maritim.
Menurutnya, keupayaan ini telah dibuktikan semasa beberapa siri latihan mencari dan menyelamat yang dilaksanakan sekitar perairan Lautan Atlantik.
“Keupayaan ini akan ditambah pada UAV yang dibeli oleh para negara pelanggan dari Eropah dan Afrika,
“Bot penyelamat yang dibawa oleh AR5 mampu untuk menampung 8 orang individu pada satu-satu masa,” kata pihak Tekever.
Jelasnya, sistem ini akan mengesan dan mengenal pasti kedudukan individu yang memerlukan bantuan di dalam air.
“AR5 yang dilengkapi sistem menyelamat ini akan melakukan kiraan secara automatik bagi mendapatkan titik sesuai untuk menjatuhkan bot penyelamat,
“UAV ini akan menyusun semula laluan penerbangannya sebelum melakukan jatuhan yang paling hampir kepada mangsa,” jelasnya.
UAV AR5 keluaran TEKEVER mampu terbang selama 20 jam pada kelajuan 100 kilometer sejam. Ia direka untuk melaksanakan operasi menyelamat, rondaan serta pemantauan maritim. – airtimes.my