WASHINGTON, 7 Nov – Status kumpulan pemisah di wilayah di kawasan Barat China, East Turkestan Islamic Movement (ETIM), sebagai pengganas telah digugurkan oleh Amerika Syarikat.
Dalam notis oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (US State Department) bertarikh 5 November, pengguguran status ETIM sebagai pengganas dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Michael R. Pompeo.
“Dengan ini, saya membatalkan designasi ETIM sebagai kumpulan pengganas,” kata Pompeo dalam satu direktif yang bertarikh 20 Oktober lalu.
ETIM sebelum ini dilabel sebagai kumpulan pengganas oleh Washington semenjak tahun 2003.
Kumpulan pemisah ini turut dilabel sebagai pengganas oleh beberapa buah negara termasuk China, Kesatuan Eropah, Malaysia dan Turki serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
ETIM turut dikenali sebagai Turkistan Islamic Party (TIP) dan Turkistan Islamic Movement (TIM) ditubuhkan pada tahun 1988.
Kumpulan ini bermatlamat untuk menubuhkan wilayah bebas Timur Turkistan (East Turkestan) di Xinjiang. – airtimes.my