TUNIS, 4 Jul – Seramai 43 dilaporkan mati lemas apabila bot yang dinaiki menuju ke Eropah menyeberangi lautan Mediterranean karam, pada Isnin.
Ketua Bulan Sabit Merah Tunisia, Mongi Slim berkata, kesemua mereka dari Pelabuhan Zuwara di Libya itu terdiri migran dari Mesir, Sudan, Eritrea dan Bangladesh.
“Seramai 84 orang lagi telah diselamatkan Tentera Laut Tunisia,
“Musim panas yang melanda telah menyaksikan peningkatan pendatang dari Afrika Utara ke Eropah, kata Mongi Slim yang dilaporkan BBC News.
Menurutnya, Bulan Sabit Merah telah memberi makanan dan minuman sambil mencari penempatan untuk mereka selama tempoh kuarantin COVID-19.
Libya telah menjadi titik transit utama bagi para migran dari banyak negara yang berusaha menuju ke Eropah melalui lautan Mediterranean.
Namun Tunisia turut menjadi hab utama dan menyeru Kesatuan Eropah untuk membantu menangani krisis dengan memerangi masalah kemiskinan di Afrika. – airtimes.my