MELAKA, 29 Mac – Rejimen Semboyan Divisyen Ketiga Infantri (3 RSD) telah melaksanakan Latihan Kompetensi Pemanduan Kenderaan Jenis Bravo (KJB) di Litar Terendak Off-Road Competency Circuit (TOCC) bermula 26 hingga 27 Mac lalu.
Seramai 3 pegawai dan 18 anggota lain-lain pangkat (LLP) 3 RSD terlibat dengan latihan selama 2 hari itu.
Latihan ini bertujuan untuk menguji kemahiran anggota tred pemandu semasa pengendalian kenderaan jenis B seperti lori 3 ton dan Land Rover.
“Latihan dimulakan dengan taklimat latihan, keselamatan, teknikal kenderaan serta penerangan penggunaan Litar TOCC telah disampaikan oleh Ketua Skuadron Bantuan 3 RSD dimana latihan kali ini melibatkan 4 jenis kenderaan iaitu, Trak 3 Tan Land Rover FRR (PUMA), Iveco Daily MCRS, Trak 3 Tan Hicom Handalan dan Trak 5 Tan Prime Mover,
“Pegawai Gerakan Peperangan Informasi 3 RSD ketika menyampaikan taklimat awal telah menekankan bahawa latihan sebegini amat diperlukan bagi menguji kemahiran anggota tred pemandu semasa pengendalian kenderaan jenis B di dalam situasi off road,” katanya dalam hantaran di laman sosialnya.
Selain itu, beberapa halangan diwujudkan sepanjang track off road tersebut bagi menguji kecekapan anggota dalam menghadapi situasi dan keadaan jalan yang berbeza semasa pemanduan.
“Konsep latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal di litar yang mempunyai 11 halangan merangkumi peringkat halangan ringan, sederhana serta mencabar,
“Laluan seperti halangan berlumpur (4WD dan towing), tanah tidak sekata, tanah beralun, titi kayu, mendaki bukit (winching) dan lereng bukit dibina untuk melatih anggota bagi memahami sistem, komponen, operasi kenderaan serta teknik mengatasi halangan,” tambahnya.
Galeri Gambar: