Moscow, 13 Apr – Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Russia, Vladimir SharmanovKa memaklumkan kapal perang Russia sudah meninggalkan pangkalan tentera laut Tartus di Syria, kerana bimbangkan keselamatan mereka lapor agensi berita Interfax memetik kenyataan pembuat dasar Russia semalam.
“Perkara itu adalah amalan biasa apabila ada ancaman serangan,” kata Sharmanov.
Sementara itu di Ankara, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan rakan sejawatannya dari Russia, Vladimir Putin membincangkan perkembangan terbaharu di Syria dalam satu panggilan telefon semlam kata sumber menambah kedua-duanya bersetuju untuk terus berhubung.
Panggilan dengan Putin itu dibuat selepas Erdogan bercakap terlebih dulu dengan Presiden Donald Trump dan bertukar pandangan mengenai Syria.