BANGKOK, 13 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dalam satu kenyataan akan memohon kepada mahkamah perlembagaan untuk menimbang membubarkan parti Thai Raksa Chart, yang mencalonkan seorang puteri raja untuk bertanding jawatan Perdana Menteri.
Menurut kenyataan itu, parti Thai Raksa Chart telah melanggar undang-undang pilihan raya kerana mencalonkan Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Barnavadi minggu lalu yang dikatakan ‘tindakan antagonis terhadap monarki berperlembagaan.’
Walaubagaimanapun, pencalonan Ubolratana segera dibatalkan sehari selepas itu susulan perintah adiknya, Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn yang mengatakan tidak wajar anggota diraja terbabit dalam politik.
Parti Thai Raksa Chart dikaitkan dengan keluarga bekas Perdana Menteri disingkir, Thaksin Shinawatra.