KUALA LUMPUR, 26 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan seorang bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti COVID-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua COVID-19.
“Ketika gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari,
“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.
Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham menegaskan, pihaknya membuat strategi bagi melindungi warga emas kerana imuniti golongan itu adalah rendah.
“Strategi kita untuk melindungi mereka. Pastikan mereka berada di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID – 19,” jelas Dr Noor Hisham.