BUKIT KEPONG, 19 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) (8 RRD Para) telah melaksanakan Eksesais Hornbill Claw 2022 di kawasan Bukit Kepong sempena Hari Malaysia pada 12 hingga 15 September lalu.
8 RRD (Para) yang bertindak sebagai Battle Group (BG) Hornbill berkata, eksesais ini dilaksanakan bagi menguji kepakaran dan kemahiran Pl Rinser (Platun Rintis Serang) 8 RRD Para serta anggota PARPU pasukan dalam mengendalikan Operasi Assault River Crossing.
Selain itu, eksesais ini juga diadakan bagi melatih pegawai dan anggota ketika pelaksanaan tugas serta peranan 10 Briged (Para) semasa Operasi Menyeberangi Sungai dalam sesebuah Operasi Paracut.
“Eksesais ini telah terbahagi kepada 3 fasa yang penting iaitu fasa pertama, Preparation Phase dengan melaksanakan Pre-Deploment (PDT) dan Battle Procedure,
“Kemudian diikuti dengan fasa kedua iaitu Execution Phase dengan kemasukan anggota ke kawasan operasi bagi menyelamatkan kawasan kritkal iaitu OBJ ALI (crossing site) dan OBJ KEPONG (Jambatan Bukit Kepong),” jelas 8 RRD (Para) menerusi hantaran di media sosinya.
Menurutnya, dengan terselamatnya jambatan itu maka BG Hornbill telah membantu 10 Bgd (Para) mencapai misi yang dimandatkan oleh Komander JTF.
“Kemudian BG Hornbill telah melaksanakan penarikan keluar iaitu fasa ketiga, Extraction Phase untuk aturgerak misi yang baru,
“Eksesais ini memfokuskan kepada Operasi Assault River Crossing bagi melatih pegawai dan anggota meningkatkan kemahiran TTP serta kompetensi anggota 8 RRD (Para),” katanya.
Jelasnya lagi, eksesais seperti ini selaras dengan Teras Pemerintahan Panglima 10 Briged (Para) Ke-20 iaitu Latihan Sentiasa Dekat di Hati Warga 10 Briged (Para) dan juga mendokong Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan melalui latihan berterusan serta berkesan. -airtimes.my
Galeri gambar: