BAITULAHAM , 14 Feb – Rumah milik keluarga PalestinĀ berhampiran tembok pemisah di bandar Beit Jala, dimusnah oleh tentera Zionis dengan menggunakan jentolak, semalam.
Pemilik rumah berkenaan, Muhammad Mousa Zreineh berkata, tentera Zionis menyerbu dan mengasari ahli keluarganya sebelum menjalankan kerja-kerja perobohan.
Tambah Zreineh, ini adalah kali kedua keluarganya hilang tempat tinggal selepas Israel memusnahkan rumahnya pada 2016.
Alasan yang kerap digunakan Rejim IsraelĀ untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk Palestin secara berterusan ialah membina rumah tanpa permit.