MOSKOW, 21 MAC – Tentera Laut Rusia telah melaksanakan latihan penembakan di Laut Jepun.
Latihan tersebut melibatkan sejumlah kapal dari Armada Pasifik.
Ia merangkumi kapa korvet Aldar Tsydenzhapov, Gromky dan Sovershenny.
Menurut pihak tentera Rusia, latihan adalah merangkumi simulasi menangkis serangan dron dari arah laut dan udara.
“Latihan ini dirancang bagi mempertingkatkan kemahiran anak kapal dalam melaksanakan operasi peperangan,” kata kenyataan itu.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu sebelum ini mengarahkan anggota tentera laut di negara itu untuk mempertingkatkan kemahiran dalam menangkis serangan dron.
Beliau turut mengarahkan sistem persenjataan tambahan dipasang pada kapal di Armada Laut Hitam bagi tujuan tersebut.
Ia merupakan tindak balas terhadap serangan dron yang dilancarkan oleh Ukraine di Laut Hitam. Beberapa siri serangan melibatkan dron oleh Kyiv telah menyebabkan kerosakan dan sejumlah kapal tentera laut Rusia dilaporkan tenggelam. -airtimes.my
#AirTimes #Global #Rusia