KUALA LUMPUR, 12 Jan – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini telah disahkan menghidap wabak COVID-19.
Pihaka Pejabat Menteri dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya berkata, Hamzah telah menjalani saringan pada 11 Januari lalu.
“Keputusan saringan mendapati beliau telah dijangkiti wabak COVID-19,
“Oleh yang demikian, beliau akan menjalani tempoh kuarantin dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.
Pada masa yang sama, KDN menyeru mana-mana kontak rapat Hamzah pada 8 hingga 11 Januari untuk melakukan saringan di Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.-airtimes.my