LABUAN, 19 Mei – Latihan Tactical Airland Operation (TALO) dan Eksesais Beruang Ganas dilaksanakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bermula pada 8 Mei lalu, mempamerkan kecekapan dan keberkesanan pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Yazid Arshad di Stesen Lima TLDM, disini semalam.
Perbarisan yang diketuai Mej Mohd Amin Ibrahim dari No 14 Skuadron terdiri daripada anak kapal pesawat C-130H dan EC725, pegawai dan anggota PULPAK serta pasukan PASKAL dari KD Sri Semporna yang bersama-sama menjayakan eksesais ini.
Terdahulu, satu demonstrasi menawan dan menyelamat tebusan telah dipersembahkan sebagai acara penutup eksesais setelah lebih seminggu bertungkus lumus dalam mencapai objektif yang disasarkan.
Turut hadir Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dan pegawai kanan Markas Armada Timur, Kota Kinabalu.
Geleri Foto: