KUALA LUMPUR, 26 Dis -Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM200,032,580.24 setakat jam 3 petang hari ini.
Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara.
Kempen Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan dengan mengikut peruntukan subseksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61). Kempen ini dijangka akan berakhir pada 31 Disember ini setelah dipersetujui dalam satu mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 29 Oktober lalu.
Selain daripada itu, Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Terimaan dan Bayaran Akaun Amanah Tabung Harapan bagi memastikan pengurusan tabung dibuat secara teratur dan berintegriti.