Dalam meniti arus kemodenan pada masa kini, kenderaan darat adalah merupakan salah satu keperluan penting dalam elemen pengangkutan ketenteraan. Ia berperanan dalam memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih laju dan efisien samada membawa manusia mahupun peralatan latihan serta persenjataan.
Seterusnya, Vecilo de Alta Movilidad Tactico yang dikenali sebagai VAMTAC telah dibangunkan oleh syarikat Sepanyol URO, Vehiculos Especiales pada tahun 1996 dengan kapasiti muatan yang baik bagi memenuhi keperluan tentera Sepanyol pada ketika itu.
Dalam pada itu, reka bentuk VAMTAC juga hampir menyerupai kenderaan beroda serbaguna mobiliti tinggi tentera Amerika Syarikat (Humvee) kerana ia dibina mengikut spesifikasi yang sama.
Selain itu, kenderaan yang direka itu sangat sesuai digunakan bagi melaksanakan aktiviti peninjauan, arahan dan kawalan, sokongan kebakaran serta misi pengangkutan taktikal.
Dalam pada itu, reka bentuk VAMTAC S3 boleh memuatkan pelbagai jenis senjata termasuk mesingan 7.62 mm, pelancar bom tangan 40 mm, peluru berpandu anti-kereta kebal, mortar 81 mm dan peluru berpandu pertahanan udara ringan.
Kemudiannya, kenderaan itu mempunyai kelebaran 2.175 m dan ukuran panjangnya pula ialah 4.845 m. Manakala tingginya pula berukuran 1.9 m dan mempunyai berat 2,000 kg serta boleh memuatkan seramai 4 orang kru.
Di samping itu, enjin kenderaan itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 188 hp yang memberikan kelajuan tertinggi 135 km/j. Bahagian tangki minyak pula berkapasiti 110 liter yang membolehkan kenderaan itu mampu bergerak sejauh 600 km.
Lain daripada itu, kenderaan VAMTAC turut digunakan oleh banyak negara seperti Arab Sudi, Indonesia, Ukrain, Congo, Ghana, Lubnan, Angkatan Tentera Republik Dominika dan tidak ketinggalan juga Malaysia.
Akhir sekali, teknologi pacuan empat roda seperti VAMTAC S3 ini masih lagi relevan diguna di dalam pasukan Tentera Darat Malaysia (TD) terutamanya di dalam pasukan infantri. -airtimes.my