Afrin, Syria, 20 Mac – Pemimpin kumpulan penentang Syria dan Kurdish mengutuk tindakan tentera Turki dan sekutunya mencuri barangan penduduk dan harta awam di Afrin seperti peralatan elektronik, selimut, makanan dan barangan lain yang dimuat ke dalam kereta atau lori kecik selepas menawan bandar itu.
Menurut AFP, wartawannya dan pemerhati perang di bandar itu melihat anggota bersenjata Syria yang disokong Turki menggeledah rumah dan kedai.
Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria juga menyatakan sekutu tentera Turki menggeledah harta persendirian, pejabat politik, kedai dan kemudahan tentera.
Tentera Turki bersama sekutunya dari Syria, memasuki hingga ke tengah bandar Afrin semalam, selepas gerila Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG) berundur.