SEOUL, 15 Jun – Korea Selatan berkata tenteranya bersedia untuk bertindak balas terhadap sebarang situasi yang melibatkan Korea Utara.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan membuat pengumuman itu setelah Pyongyang mengancam untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap Korea Selatan atas risalah yang mengkritik pemimpin Korea Utara.
Agensi berita NHK melaporkan, Korea Selatan kini sedang memerhati langkah tentera Korea Utara dengan teliti, katanya pada Ahad.
Korea Utara juga mendesak Pyongyang untuk mematuhi perjanjian antara Korea 2018 di mana kedua-dua negara bersetuju untuk meredakan ketegangan ketenteraan.
Pada Sabtu lepas, adik perempuan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un iaitu Kim Yo Jong mengecam keras Korea Selatan kerana membenarkan pembelot Korea Utara menghantar risalah anti-Pyongyang melintasi sempadan pada 31 Mei lalu.
Yo Jong juga mengancam untuk merobohkan pejabat penghubung antara Korea dan meningkatkan kemungkinan tindakan ketenteraan ke atas Korea Selatan.
Beliau menyebut Korea Selatan sebagai “musuh” dan mengatakan bahawa sudah waktunya untuk membuat perpecahan dengan Korea Selatan.
Kenyataan adik perempuan Jong Un itu, memaksa Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Nasional pada awal pagi Ahad. – airtimes.my