Menerusi kenyataan Majlis Eksekutif Kebangsaan PVATM, tindakan sedemikian ternyata menjadi kebimbangan buat PVATM dan lebih-lebih lagi ia boleh menjejaskan keselamatan negara serta memperlihatkan imej buruk Malaysia di mata dunia.

“Sekiranya ia berterusan, perbuatan itu mungkin boleh menjadi barah dalam merencatkan pertumbuhan ekonomi semasa sekali gus mendatangkan kesengsaraan terhadap kehidupan keseluruhan rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik.

“Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), PVATM wajar mengambil berat dengan menyatakan kekecewaan terhadap kesilapan ahli politik berkenaan kerana membiarkan campur tangan asing dalam landskap politik negara,” kata kenyataan itu di sini hari ini.