[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=yCOo3QXnY4g[/embedyt]
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Walaupun negara mengalami masalah wabak pandemik COVID-19, tiada halangan untuk meneruskan latihan Kursus Asas Komando Tentera Darat Malaysia (TDM) yang berjalan selama 3 bulan dan berakhir semalam di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang, Melaka.
Ketua Cawangan Komando, Mej Muhammad Azan Azahari berkata, sepanjang tempoh kursus dijalankan terdapat sedikit sebanyak gangguan yang dihadapi semasa negara mengalami masalah pandemik COVID-19.
“Apabila penuntut membuat latihan di luar, kami mengadakan di tempat kurangnya kumpulan orang awam yang berada di sekitar kawasan latihan,
“Tidak sama dengan sebelum ini ketika latihan luar dijalankan memang ramai gangguan dari orang awam yang menganggu latihan,
“Semasa perlaksanaan jalan laju sejauh 160 kilometer penuntut juga akan melalui jalan sawit dan jalan raya, apabila COVID-19 ini ada jalan raya tidak sesak dan memudahkan perlaksanaan kursus berlangsung,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Komando di Kem Sungai Udang, semalam.
Kursus ini juga diadakan secara berkumpulan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang dilaksanakan kepada penuntut.
“Jurulatih juga terpaksa mengambil tindakan berhati-hati dengan sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa memakai hand sanitizer supaya virus pandemik ini dapat dihindar di kalangan penuntut,
“Pihak kami tidak benarkan mana-mana anggota dan pelawat melawat anggota kursus sepanjang kursus dilaksanakan bagi menggelakkan penyebaran wabak COVID-19,” ujarnya.-airtimes.my