KUCHING, 18 Dis – Kesemua 1,866 pusat mengundi yang membabitkan 3,555 saluran di seluruh negeri bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak, ditutup pada pukul 5 petang tadi.
Manakala, beberapa saluran di pedalaman ditutup lebih awal berikutan bilangan pengundi yang kecil.
Dengan itu, proses kiraan undi bermula sekarang dan keputusan rasmi pilihan raya negeri akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam ini.
Berdasarkan maklumat SPR, sebanyak 55 peratus daripada 1,213,769 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab itu, setakat jam 4 petang.
Pada 14 Disember lepas, sejumlah 18,141 daripada 20,360 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka manakala 17,885 lagi mengundi melalui pos.
Seramai 349 calon daripada 10 parti politik termasuk 30 calon bebas bertanding membentuk kerajaan negeri baharu untuk penggal kali ini. -airtimes.my