KUALA LUMPUR, 4 Feb – “Internet tak pernah lupa”, kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Presiden Parti Pribumi Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Muhyiddin mengenai soal pencalonan Ketua Menteri sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Tapi internet tak lupa. Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah pada 12 Sept 2020, hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah adalah 12 Sept 2020,
“Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?,
“Awal-awal lagi dia sudah rancang, bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia tadi,” katanya dalam hantaran di media sosialnya semalam.
Dalam pada itu, Najib berkata, Muhyiddin sengaja putar belit bahawa tiada satu pun pertembungan antara UMNO dan PPBM di PRN Sabah.
“Tempat-tempat DUN Sabah yang PPBM menang itu merupakan kerusi tradisional UMNO. Kebanyakkan calon pun katak yang lompat dari UMNO,
“UMNO disuruh serahkan kerusi tersebut pada PPBM; UMNO disuruh berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan UMNO; UMNO menang 14 kerusi, PPBM menang 11 kerusi, tapi PPBM pula jadi Ketua Menteri Sabah,
“Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita tahu,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Najib juga menuntut Muhyiddin untuk menafikan kenyataan yang dikeluarkan Ketua PPBM Johor bahawa Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti ditamatkan.
“Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan Umno yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
“26 Jan 2022: ‘Muhyiddin tak tanding PRN Johor bagi tumpu usaha tamatkan dominasi BN,” ujarnya lagi.
Najib juga mahu Muhyiddin menafikan rakaman suara yang didakwa dari mesyuarat MKT PPBM pada 23 Februari 2020 yang merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO.
“Sila juga nafikan rakaman ini bukan suara kamu yang didakwa dari mesyuarat MKT PPBM pada 23 Feb 2020 di mana suara ini merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO untuk menjadi parti terbesar kerajaan? “Scheme of things”
“Cuba nafikan. Jadi, kenapa pula UMNO perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli UMNO?” soal Najib. – airtimes.my