KUALA LUMPUR, 9 Sept -Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas memperoleh 13,725 undi.
Kemenangan Halimey itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zaini kira-kira pukul 9 malam ini.
Walau bagaimanapun Halimey hanya mencatatkan majoriti 4,027 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu iaitu 29,250 undi.
Sementara itu, calon Pas, Dr. Halimah Ali beroleh 9,698 undi.