KUALA NERANG, 7 Mei – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Darat Diraja Thailand (RTA) akan terus mempertingkatkan lagi kerjasama dalam rondaan bersama bagi mencegah kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand.
Markas Briged Keenam Infantri Malaysia dalam hantaran di media sosialnya berkata, hubungan antara ATM dan RTA terus dipereratkan lagi dengan lawatan di antara Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datauk Muhammad Huzaimi Sabri bersama Komander Tentera Darat Thai Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak di Pos Ban Di Da pada Khamis lalu.
Turut hadir Panglima 6 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Akib Yusof.
Terdahulu ketibaan Panglima 2 Div dan Kriangkrai Srirak diberi tabik hormat oleh anggota yang sedang beroperasi. – airtimes.my