PETALING JAYA, 16 Mei – Seorang anggota polis disaman kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah mengesan sebuah video tular di media sosial memaparkan insiden tersebut.
“Kenderaan yang terlibat adalah sebuah kereta jenis Proton Preve,
“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 15 Mei 2022 jam lebih kurang 9 pagi,
“Anggota polis terlibat telah dipanggil untuk siasatan dan saman dikeluarkan terhadap pemandu tersebut di bawah Kaedah 17(A) LN 166/59,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya, kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Dalam perkara ini, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap salah laku anggota yang melakukan kesalahan ketika menjalankan tugas,” tegasnya. – airtimes.my