Memetik laporan Utusan Online, beliau berkata usaha memburu suspek giat dijalankan, bagaimanapun jumlah mereka dalam siasatan.

“Masih ada lagi suspek sedang diburu polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah ini.

“Bagaimanapun jumlah mereka belum dikenal pasti kerana dalam siasatan, tetapi masih ada baki sedang diburu polis,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan  meluangkkan masa kira-kira sejam bersama penduduk setempat dalam program Komuniti Kepolisian bersama Pesuruhjaya Polis Sabah di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berhubung seorang lelaki Filipina yang dipercayai pemenggal kepala tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf diberkas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (E8) Bukit Aman dalam operasi khas di Ranau, Sabah pada 8 November lalu.

Dalam kenyataan itu, Mohamad Fuzi memberitahu, enam lagi warga Filipina termasuk seorang Subkomander Abu Sayyaf, tiga anggota kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) kumpulan militan berkenaan serta seorang ejen menjual jongkong emas warga tempatan turut ditahan dalam operasi bermula pada 30 Oktober hingga 12 November di sekitar Sabah dan Putrajaya.