SINGAPURA, 20 Jun – Seorang lelaki Indonesia dari kumpulan 5 pendatang haram yang ditahan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) pada Khamis didapati positif COVID-19.
Media tempatan melaporkan, kumpulan 5 pendatang haram ditahan kerana cuba berenang dari Indonesia memasuki perairan Singapura berhampiran Changi. Ianya turut disahkan pihak Polis Singapura (SPF), semalam.
“5 perenang lelaki itu dikesan PCG di perairan berhampiran Aviation Park Road, pada Isnin,
“Mereka berusia di antara 24 dan 31 tahun itu dituduh memasuki Singapura secara haram di bawah Akta Imigresen,” kata jurucakap polis yang dilaporkan media tempatan.
Tambah jurucakap itu, 5 mereka kemudian ditahan di lokap individu sebelum menjalani ujian saringan COVID-19.
“Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) kepada sesiapa yang ditahan kerana memasuki Singapura secara haram,
Hasil ujian saringan, Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan seorang yang berumur 26 tahun didapati positif COVID-19 tanpa tanda-tanda jangkitan dan diasingkan sebelum dihantar ke hospital.
“4 yang lain segera dipindahkan ke pusat kuarantin,
“Pegawai polis yang mempunyai kontak rapat dengan lelaki tersebut juga dikuarantin dan dipantau kesihatan mereka,” ujar MOH. – airtimes.my