ISLAMABAD, 27 Jul – Legenda kriket Pakistan yang beralih menjadi ahli politik, Imran Khan, semalam mengumumkan kemenangan partinya pada pilihan raya negara itu, susulan tuduhan parti lawan bahawa ia dicemari penipuan.
“Kami menang dan diberi mandat,” kata Khan dalam siaran langsung, menambah ‘tiada ahli politik dieksploitasi’ pada pilihan raya itu.
Keputusan masih dikira hari ini, beberap ajam selepas penyokong Khan membanjiri jalan raya bagi meraikan kemenangan pada pilihan raya yang didakwa ditipu oleh tentera yang menyebelahinya.
Penangguhan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan mendahului kukuh pada keputusan awal bagi parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Khan, menyemarakkan kebimbangan berhubung kesahihan pilihan raya.
Akhbar dan siaran televisyen meramalkan kemenangan bagi PTI sejak lewat semalam.
Menjelang tengah hari semalam, keputusan tidak rasmi menunjukkan PTI menang sekurang-kurangnya 100 kerusi Dewan Rakyat.
Majoriti 137 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan.
Pihak berkuasa pilihan raya belum lagi mengesahkan bila mereka menjangka akan mengumumkan keputusan.