MANILA, 2 OKT – Tentera Laut Filipina (Philippine Navy, PN) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy, USN) akan mengadakan latihan bersama di kawasan Laut China Selatan.
Latihan bersama Eksesais SAMASAMA akan dilaksanakan selama 12 hari mulai 2 Oktober, hari ini.
Pihak PN dalam satu kenyataan berkata, latihan bersama ini bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa.
“Latihan ini turut memperkukuhkan aturan antarabangsa berasaskan undang-undang,” kata kenyataan itu.
Jelasnya, Eks SAMASAMA direka untuk mempertingkatkan keupayaan PN sebagai sebuah angkatan laut yang mampu melaksanakan operasi tempur di luar pesisir.
Latihan ini juga melibatkan aspek peperangan bawah permukaan (peperangan anti kapal selam, ASuW), peperangan permukaan (ASW), pertahanan udara dan peperangan elektronik (EW).
“Latihan kebolehoperasian bersama akan dilaksanakan bersama USN,” kata kenyataan itu.
Menurut PN, latihan ini turut meningkatkan integrasi dan operasi bersama secara gabungan dengan penglibatan angkatan laut negara lain.
“Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF), Royal Australian Navy (RAN), Royal Canadian Navy (RCN), dan United Kingdom (UK) Royal Navy akan terlibat dalam perkongsian kepakaran (SMEE) serta HADR,
“French Navy (FN) dan Royal Australian Navy (RAN) akan menghantar anggota mereka untuk menyertai SMEE,
“Tentara Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) dan Royal New Zealand Navy (RNZN) akan menghantar anggota mereka sebagai pemerhati,” kata kenyataan itu.
Eksesais SAMASAMA merupakan latihan bersama yang diadakan secara tahunan di Filipina. – airtimes.my
#Global #Filipina #AmerikaSyarikat #LautChinaSelatan #LatihanKetenteraan