KUALA LUMPUR, 15 Dis – Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang dibacakan buat kali ketiga hari ini berjaya diluluskan di Dewan Rakyat dengan majoriti tipis 3 Ahli Parlimen.
Keputusan undian belah bahagi telah diumumkan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan 111 bersetuju, 108 tidak bersetuju dan 1 tidak hadir.
Ahli Parlimen Pembangkang meminta undi belah bahagi dijalankan sebaik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafril Tengku Abdul Aziz membacakan RUU terbabit buat kali ketiga.
Pada peringkat jawatankuasa, 27 kementerian telah diluluskan yang mana 18 diluluskan dengan undian suara majoriti dan 9 lagi melalui undian belah bahagi.
Terdahulu, Belanjawan 2021 di peringkat dasar telah diluluskan pada 26 November 2020 menerusi undian suara majoriti. – airtimes.my