SEOUL, 8 Feb – Pemerintah bandar Seoul akan menguji anjing serta kucing perliharaan untuk COVID-19 jika ianya menunjukkan bergejala terhadap wabak itu.
Program itu akan dilaksanakan setelah negara itu melaporkan kes COVID-19 pertama melibatkan haiwan perliharaan di bandar Jinju.
Seorang pegawai kawalan penyakit, Park Yoo-mi, mengatakan terdapat seekor kucing perliharaan yang didapati positif terhadap wabak itu.
“Ujian akan dilakukan di rumah terbabit oleh sepasukan anggota perubatan termasuk doktor pakar haiwan,
“Hanya kucing dan anjing yang menunjukkan gejala seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas yang akan menjalani ujian,
“Sekiranya haiwan itu diuji positif, maka ianya akan dikuarantinkan di rumah selama 14 hari tanpa dihantar ke pusat kuarantin.” katanya lagi.
Sekiranya pemilik haiwan perliharaan tidak dapat menguruskannya, ianya akan dibawa ke sebuah pusat pengasingan di barat Seoul.
Park juga mengatakan setakat ini tidak ada bukti COVID-19 merebak melalui haiwan perliharaan kepada manusia. – airtimes.my