SAFAD AL BATIKH, 17 Mac – Elemen Perubatan pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 melaksanakan Medical Day end Cholera Awareness Talk di Medical Center Safad Al Batikh, pada Khamis.
Pihak MALBATT 850-10 memaklumkan, seramai 2 pegawai perubatan dan 8 anggota paramedik terlibat untuk menjayakan program ini dan telah merawat lebih dari 60 pesakit.
“Program seperti ini amat penting bagi menyokong dan melaksanakan mandat UNIFIL mengikut Resolution 1701 yang telah digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana perlu menyalurkan sokongan yang terbaik kepada penduduk setempat khususnya di Selatan Lubnan,
“Program seperti ini sejajar dengan Teras Kelima Perintah Ulung Komander MALBATT 850-10 iaitu Pengukuhan Hubungan Bersama Awam yang menfokuskan kepada pengukuhan bersama Civilian Engagement,” jelas pihak MALBATT 850-10.
Tambahnya, aktiviti ini juga secara tidak langsung menjadi platform kelangsungan interaksi sosial MALBATT bersama komuniti setempat dalam memperkasakan dan melindungi kepentingan UNIFIL dan mandat yang telah diamanahkan.-airtimes.my