PUTRAJAYA, 27 Feb – Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan satu sesi khas Dewan Rakyat akan diadakan pada Isnin ini bagi menentukan siapa Perdana Menteri baharu.
Menurut beliau, pertemuan Ahli-ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mendapat keputusan calon Perdana Menteri dengan pendirian majoriti.
“Oleh kerana tiada keputusan majoriti yang jelas, Seri Paduka Baginda menitahkan keputusan perlu ditentukan di Dewan Rakyat,
“Oleh itu, sesi Parlimen pada 2 Mac diadakan bagi menentukan siapa Perdana Menteri baharu,” kata Tun Dr Mahathir semasa sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020,
Tun M menambah jika sesi khas tersebut gagal menentukan siapa perdana menteri baharu, Pilihan Raya Umum ke-15 akan diadakan.