WASHINGTON, 5 Nov – Serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Kabul pada Ogos lalu yang mengorbankan 10 orang awam termasuk kanak-kanak tidak melanggar undang-undang.
Jurucakap Tentera Udara AS, Leftenan Jeneral Sami Said berkata, siasatan mendapati tiada pelanggaran undang-undang termasuk Undang-Undang Perang.
“Kesilapan hanya pada pelaksanaan, ditambah dengan maklumat berat sebelah serta komunikasi tidak lengkap yang menyebabkan kepada kematian yang amat tragik,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Pada 29 Ogos lalu, 3 dewasa dan 7 kanak-kanak maut apabila tentera AS melancarkan serangan dron terhadap sebuah rumah dan kenderaan yang didakwa milik anggota Daesh.
Beliau berkata, tentera AS yang melakukan serangan dron tersebut adalah tepat dengan menyasarkan sasaran yang betul iaitu anggota Daesh.
Selepas siasatan awal, Pentagon mengakui pada 17 September lalu bahawa serangan tersebut satu kesilapan dan mencadangkan supaya pampasan diberikan kepada keluarga mangsa. – airtimes.my