KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Situasi semasa negara menjadi semakin hangat apabila kes harian pesakit COVID-19 terus mencatatkan peningkatan yang menghampiri 20 ribu, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, jumlah kes harian COVID-19 di negara melonjak ke 19,819 kes pada hari ini.
Beliau berkata, penambahan kes harian tersebut menjadikan jumlah kumulatif COVID-19 di dalam negara meningkat kepada 1,183,110 kes pada hari ini.
Selangor masih mencatatkan peningkatan ketara dengan merekodkan 8,377 kes.
“Diikuti Kuala Lumpur (2,467); Kedah (1,371); Kelantan (1,003); Johor (1,162); Sabah (949); Pulau Pinang (867); Negeri Sembilan (800); Perak (662); Pahang (558); Melaka (508); Terengganu (481); Putrajaya (48); Perlis (11) dan Labuan (5),” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.
Semalam, Malaysia mencacatkan sebanyak 17,105 kes harian baharu dan 195 kematian akibat wabak berkenaan. -airtimes.my