MERSING, 2 Feb – Tampuk pemerintahan Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) akan berubah pada 21 Mac ini.
Panglima Tentera Darat Malaysia, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, menyatakan perkara tersebut semasa menyampaikan ucapan bersempena Perbarisan Penghargaan Panglima Tentera Darat ke -28 di Padang Kawad Markas 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Kem Iskandar, Mersing, hari ini.
“Tanggal 21 Mac 2023 akan menjadi titik noktah perjalanan kerjaya saya dalam Tentera Darat dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),
“Pada tarikh tersebut, saya akan menyerahkan tampuk pemerintahan Tentera Darat kepada pengganti saya sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 September 2023,” katanya.
Zamrose telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-28 pada 11 Jun 2020.
Perbarisan penghargaan ini disertai seramai 19 orang pegawai dan 175 anggota. Majlis yang berkonsepkan perbarisan tempur ini melibatkan Kawalan Kehormat 21 Grup Gerak Khas serta 4 detasmen dari Rejimen 11 Gerak Khas, Rejimen 22 Komando, Detasmen Gabungan 21 Gerup Gerak Khas dan Rejimen 21 Komando. -airtimes.my
Galeri gambar: