NEGERI SEMBILAN, 6 Jul – Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) telah melaksanakan Live Firing Manoeuvre Exercise (LiFMEx) yang diadakan di Tapak Bravo, Lapang Sasar Asahan pada 3 Julai lalu.
Latihan yang dilaksanakan untuk menguji keupayaan gabungan penggempur 3 Div ini melibatkan anggota daripada Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (14 RAMD (Mek)), Rejimen Ke-11 Kor Armor Diraja (11 KAD), Rejimen Keempat Artileri Diraja (4 RAD) dan Skuadron Ke-11 Rejimen Askar Jurutera Diraja (11 RAJD).
Menurut 3 Div, latihan ini juga dapat meningkatkan kemahiran anggota dalam melaksanakan aturgerak secara Combined Arms menggunakan peluru hidup.
“Sepanjang latihan dijalankan, pegawai dan anggota telah mempraktikkan Taktik, Teknik dan Prosedur (TTP) dalam situasi gabungan pasukan tempur yang mengaplikasikan elemen asas pertempuran,
“Rancangan LiFMEx ini merupakan hasil cetusan idea dari Panglima 3 Div, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim bagi membolehkan latihan secara realistik berkonsepkan ‘train as we fight’,
“Ia juga dilaksanakan berlandaskan Battle-Focused Training secara gabungan serta latihan ini juga merupakan pilot project yang akan dilaksanakan secara berterusan,” ujar 3 Div dalam hantaran di media sosialnya.
Tambahnya, pelaksanaan latihan ini adalah selaras dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.-airtimes.my