KUALA LUMPUR, 13 Jul – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta merta.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini adalah bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi.
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau merupakan Pengerusi War Room Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
“Dengan kedudukan Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi BN, ia akan memudahkan proses membuat keputusan dalam soal persiapan Pilihan Raya yang melibatkan semua parti-parti komponen BN,
“UMNO Malaysia ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Tajuddin yang sebelum ini menggalas amanah sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – airtimes.my