JOHOR, 18 Jan โ Pasukan 10 Briged (Para) melaksanakan Latihan Penerjunan Tempur Statik dan Bebas melalui Eksesais (Eks) Tiger Leap Siri 1/23 dan Eks Eagle Swift Siri 1/23 di Zon Gugur (ZG) Nenas, Simpang Renggam.
Menurut Markas 10 Bgd Para, eksesais yang diadakan pada 10 hingga 12 Januari lalu ini adalah anjuran Battle Group (BG) HORNBILL.
โEksesais ini diadakan untuk menguji dan mengekalkan tahap kompetensi penerjun setiap kelompok Elemen Tempur, Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat,
โLatihan memfokuskan kepada latihan penerjunan statik tempur dan bebas dengan melibatkan individu paratrooper yang turut memiliki kelayakan tambahan Para iaitu ๐๐ข๐ณ๐ข ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ ๐๐ฏ๐ด๐ต๐ณ๐ถ๐ค๐ต๐ฐ๐ณ (PJI), ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ข๐ด๐ต๐ฆ๐ณ (JM), ๐๐ณ๐ฆ๐ฆ ๐๐ข๐ญ๐ญ ๐๐ช๐ด๐ฑ๐ข๐ต๐ค๐ฉ๐ฆ๐ณ (FFD) dan ๐๐ฉ๐ฆ๐ค๐ฌ๐ฆ๐ณ/๐๐ช๐จ๐จ๐ฆ๐ณ).
โKesemua latihan terarah kepada fasa pelaksanaan Operasi Paracut dalam mengekalkan tahap kesiagaan latihan dan aturgerak ketumbukan Pasukan Aturgerak Cepat (PAC-ATM, 10 Bgd (Para) secara joint operation dengan bantuan aset udara C130 Hercules, dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),โ jelas 10 Bgd (Para) menerusi hantaran di media sosialnya.
Tambah pihak 10 Bgd (Para), eksesais seperti ini sejajar dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 Tonggak Pertama iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan.-airtimes.my
Galeri gambar: