KUALA LUMPUR, 1 Mac β Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin bukanlah Perdana Menteri sebenar kerana tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.
Tun Mahathir berkata sebaliknya beliau yang mempunyai majoriti sebanyak 114 Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan, Warisan, Bersatu dan Bebas.
βTan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,β katanya pada persidangan akhbar yang diadakan di Yayasan Albukhary hari ini.