PETALING JAYA, 22 Sept – PKR memberi jaminan akan terus memperjuangkan isu tentera dan pesara selepas pengunduran Datuk Danyal Balagopal Abdullah dari Parlimen Port Dickson, walaupun kini menerima kritikan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR menghormati pandangan Patriot, yang tidak berpuas hati dengan pengunduran Danyal, seorang bekas pegawai kanan tentera laut, untuk membolehkan Anwar kembali ke Parlimen.
“Saya bercadang untuk bertemu mereka dan pastikan isu-isu mereka terus disuarakan. Seperti 2011 ketika saya membangkitkan scandal penyelewengan 1MDB dan tanah di Sungai Besi,” katanya kepada media semalam.
Sebelum ini, Presiden Patriot Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata tindakan mengosongkan kerusi yang diduduki seorang bekas anggota tentera menunjukkan PKR tidak peduli suara mereka.
“Ramai ahli Parlimen dan senator akan perjuangan isu dan suara mereka,” katanya.