KUALA LUMPUR, 4 NOV – Persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk memiliki kapal pengangkut pesawat pejuang merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam sesi Parlimen pada hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk sesi 4 November 2024, persoalan ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan bagi sesi Soal Jawab Lisan.
Beliau membangkitkan perkara tersebut dalam soalan bernombor 26 itu turut meminta pihak Menteri Pertahanan untuk menyatakan senarai aset kapal yang masih digunakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Minta Menteri Pertahanan menyatakan senarai aset kapal yang masih digunakan TLDM,
“Adakah Kerajaan bercadang untuk memiliki aset kapal induk / kapal pengangkut pesawat pejuang untuk menjaga perairan dan keselamatan negara,” kata Kalam.
[blockquote align=”center” author=””]Persoalan sama ada kerajaan bercadang untuk memiliki aset kapal induk telah dibangkitkan oleh Kalam Salan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Foto: Parlimen[/blockquote]
Persoalan tersebut merupakan salah satu daripada 2 soalan yang diajukan kepada Kementerian Pertahanan bagi sesi hari ini.
Ahli Parlimen Ketereh, Dato’ Khlir Mohd Nor bertanyakan mengenai status kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta infrastruktur dalam soalan bernombor 12.
Penyelenggaraan RKAT dan infrastruktur sebelum ini diperuntukkan sebanyak RM400 juta semasa Belanjawan 2024.
Berdasarkan pemerhatian sesi Soal Jawab Lisan sebelum ini, purata 8-10 soalan akan dijawab secara lisan di Dewan Rakyat. Soalan-soalan lain pula akan dijawab secara penyataan jawapan lisan. – airtimes.my
#AirTimes #Pertahanan #TLDM