MELAKA, 11 Ogos โ Tentera Darat Malaysia (Tentera Darat) dan Tentara Nasional Indonesia โ Angkatan Darat (TNI-AD) telah melaksanakan latihan bersama Eksesais LINUD MALINDO 2022.
Latihan bilateral ini dilaksanakan dengan gabungan kumpulan pengempur 10 Briged (Para) dan Komando Cadangan Strategis Angkatan Darat (KOSTRAD).
Pihak Markas 10 Briged (Para) dalam satu kenyataan berkata, latihan bilateral ini melibatkan ketumbukan anggota tentera dari kedua-dua negara iaitu Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (PARA) dan Yonif Para Rider 432.
โObjektif pelaksanaan adalah untuk meningkatkan sinergi kedua-dua angkatan darat dalam melaksanakan ๐๐ช๐ณ๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ฏ๐ฆ ๐๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ/Operasi Lintas Udara serta bertukar pengalaman dan kepakaran di antara angkatan darat kedua-dua negara,
โDikesempatan yang sama, pendekatan kepada kesatuan hubungan profesional dan tahap ๐ช๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฃ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ di antara Tentera Darat dan TNI-AD dalam pengukuhan hubungan pertahanan,โ kata kenyataan itu.Antara latihan yang dilaksanakan adalah Latihan Silang (Cross Training Exercise), ๐๐ข๐ณ๐ข ๐๐ณ๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ฅ ๐๐ณ๐ข๐ช๐ฏ๐ช๐ฏ๐จ (PGT) serta Aturgerak ๐๐ข๐ฑ๐ช๐ฅ ๐๐ฆ๐ฑ๐ญ๐ฐ๐บ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต ๐๐ฐ๐ณ๐ค๐ฆ (RDF) secara Operasi Lintas Udara,
“Turut dilaksanakan adalah operasi RAID dalam misi Menawan Titik Penting (Critical Point) di belakang garisan musuh bagi menyediakan keperluan kritikal gerakan ofensif ketumbukan induk menumpaskan musuh dan seterusnya penarikan keluar (Extraction) bagi melaksanakan operasi seterusnya,” katanya.
Jelas pihak Markas 10 Briged (Para), latihan ini dilaksanakan selama 10 hari semenjak 1 Ogos di sekitar Kem Terendak dan Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) di Melaka serta Pasir Puteh, Kelantan.
Satu upacara penutup telah diadakan di PARAWOOD, Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para) pada 8 Ogos lalu. Upacara ini disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal dan Panglima Divisi Infanteri 3 KOSTRAD, Mayor Jenderal TNI Dwi Darmadi.
Dalam ucapan penutup eksesais, Panglima 10 Briged (Para) menyatakan latihan bilateral ini turut bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan profesional dan ketenteraan diantara Malaysia dan Indonesia serta mengukuhkan lagi kerjasama dua pihak terutamanya dalam pelaksanaan operasi udara bersama.
โEks LINUD MALINDO ini merupakan satu manifestasi kepada hubungan yang kukuh dan akrab diantara Tentera Darat dan TNI-AD yang telah terjalin sejak sekian lama,
โIa diterjemahkan melalui pelaksanaan eksesais yang diterajui oleh 10 Briged (Para) dan KOSTRAD,
โSemoga hubungan ketenteraan ini dapat kita pertingkatkan pada masa hadapan untuk kepentingan bersama selain mengekalkan hubungan yang baik diantara dua ketumbukan angkatan ini,โ katanya.
Sementara itu, Mayor Jenderal TNI Dwi Darmadi menyatakan pelaksanaan eksesais dan acara penutup latihan merupakan bukti kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara.
โKerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia sudah terjalin kuat dan tersusun. Kita berharap latihan ini dapat meningkatkan komunikasi baik dari kedua negara khususnya di medan pertahanan dan keamanan,
โDengan latihan ini, saya berharap ia dapat memupuk silaturahim antara perajurit sehingga terjalinya hubungan harmoni antara negara Malaysia dan Indonesia,โ kata Dwi Darmadi.
Upacara penutup diakhiri dengan Penganugerahan Sayap Penerjunan kepada semua pegawai dan anggota 10 Briged (Para) dan TNI-AD yang terlibat telah disempurnakan oleh Panglima 10 Briged (Para) dan Panglima Divisi Infanteri 3 KOSTRAD. โ airtimes.my