JAKARTA, 27 Jan – Pos Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Bukit Tepuk, Papua telah diserang oleh kumpulan bersenjata, hari ini.
Portal berita Indonesia melaporkan, tembak menembak antara penyerang dan anggota tentera berlaku sewaktu insiden.
“Kejadian tersebut telah mengorbankan 3 anggota TNI yang sedang bertugas,” lapor Kompas TV.
Menurut jurucakap tentera, Kolonel Inf Aqsha Erlangga berkata, kerja-kerja mengeluarkan anggota yang terkorban sedang dijalankan.
“Anggota yang terkorban ialah Serda Rizal, Pratu Baraza dan Pratu Rahman akibat terkena tembakan di perut,
“Hingga kini, pasukan TNI masih dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang ancaman,” katanya. – airtimes.my