LANGKAWI, 16 Mac – Timbalan Ketua Polis Negara, Deputi Inspektor Jeneral Polis Datuk Razarudin Husain telah melaksanakan rondaan dan pemantauan keselamatan di perairan Pulau Langkawi, semalam.
Polis Kedah menerusi hantaran di media sosial rasminya berkata, rondaan dan pemantauan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand itu menggunakan bot Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1.
“Rondaan itu bertujuan melihat sendiri kesiapsiagaan PPM Wilayah 1,
“Dalam mengawal perairan negara bagi mengekang jenayah penyeludupan melalui jalan laut,” katanya.
Turut mengiringi rondaan ialah Ketua Polis Kedah, Komisioner Polis Wan Hassan Wan Ahmad.