SULAWESI, 15 Jan – Pasukan penyelamat Palang Merah Indonesia turut memberi pertolongan dalam usaha mencari mangsa yang terselamat dan cedera dalam kemusnahan akibat gempa bumi berukuran 6.2 skala richter yang berlaku di Sulawesi barat.
Lebih dari 630 orang cedera, puluhan terbunuh dan lebih 15,000 orang kehilangan tempat tinggal menurut Badan Mitigasi Bencana Indonesia.
Ketua Setiausaha Palang Merah Indonesia, Sudirman Said, berkata,
“Ini adalah gempa bumi yang paling tragis dan pasukan kami telah bekerja sepanjang malam untuk membantu, mencari menyelamat mangsa di tengah runtuhan. Keutamaan kami adalah mencari mangsa yang selamat dan tercedera.
“ini merupakan waktu yang sangat penting untuk menyelamatkan nyawa. Kami bekerja dua syif untuk membantu mangsa yang cedera, dan memberi bantuan kepada ribuan yang telah kehilangan tempat tinggal. ”
Palang Merah Indonesia telah menghantar bekalan perubatan dan bantuan termasuk topeng muka ke kawasan yang dilanda gempa. Krew ambulan juga telah dihantar bersama dengan 92 sukarelawan lain bagi membantu mangsa yang terselamat. – airtimes.my